:
Syarat Kemasukan


Syarat Kemasukan Sekolah Islam Ar-Razi

1.Pelajar Darjah Satu mestilah berumur 7 tahun pada tahun kemasukan.

2.Pelajar Darjah Satu mestilah ‘LULUS’ ujian diagnostik/temuduga.

3.Pelajar yang memohon selain dari darjah satu mestilah melampirkan surat berhenti sekolah dari sekolah asal.

4.Pelajar yang memohon masuk selain dari darjah satu WAJIB LULUS Ujian Diagnostik.

5.Pelajar akan hanya ditawarkan tempat sekiranya pihak sekolah berpuas hati dengan keputusan temuduga dan dokumen sokongan yang dilampirkan.

6.Pihak penjaga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat yang diberikan dan sekiranya terdapat keraguan, pihak sekolah berhak menarik balik tawaran.

7.Pihak sekolah berhak menambah dan mengubah syarat -syarat kemasukan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.